09 August 2010

Lawak Convoi iii



Burung Hantu

Seorang anak ini bertanya kepada ayahnya..

anak:ayah tu burung ape?
ayah:burung hantu....
anak:burung ape?
ayah:burung hantu sayang...
anak:burung ape?
ayah:burung hantu nak.....
anak:burung ape?
ayah:burunglah, HANTU...

Penjual Jam
Di sebuah kota kecil hiduplah seorang pemuda Arab yang bekerja sebagai penjual jam. Di depan kedai beliau tertulis "JAM 3000, DIJAMIN TIDAK ROSAK" Kemudian ada seorang mak cik membeli jam tersebut, dan baru beberapa minit tiba-tiba jam tersebut mati.
Lalu mak cik itu kembali kedai tersebut dengan hati yang panas.
"Hey... Jamnya rosaklah.. kata dijamin tidak rosak".
Lalu Pemuda itu menjawab dengan slamba,
"Aiks!...Orang Arab kan membacanya dari kanan". ( Rosak Tidak Dijamin )

Lawak Jenaka Pasal Sudu
Doktor: Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit: Eh! tak boleh la doktor.
Doktor: Kenapa?
Pesakit: Rumah saya ada dua sudu jer.

Lawak Di Kedai Burung

Di sebuah kedai menjual burung, terdapat 2 ekor burung kakak tua. Kedua burung itu berbeza, yang satu suka bernyanyi dan yang
satunya lagi hanya diam saja, datang seorang lelaki ingin membeli burung kakak tua.

Ia berkata kepada si penjual burung.
Pembeli: Berapa harga burung kakak tua ini??
Penjual: Kalau yang suka menyanyi itu $500, sedangkan yang diam itu $1000.
Pembeli: Ahhh?? Kenapa yang suka menyanyi lebih murah dari yang diam.
Penjual: Yaa. Memang berbeza, yang berharaga $1000 itu ialah pencipta lagunya.


No comments :