Follow Us @asrialigur

27 July 2010

Tips Kembalikan Kilauan Barangan Kemas


Barang kemas dan wanita memang sukar dipisahkan. Malah barang kemas bukan sekadar perhiasan semata-mata. Ini kerana ada yang membelinya kerana ia boleh digunakan sewaktu tersesak. Tidak kurang juga yang berlumba-lumba mengumpulnya bagi tujuan pelaburan jangka panjang.

Tapi untuk tujuan pelaburan, biasanya hanya emas 916 dan emas 999 yang laku dan anda boleh membuat keuntungan daripadanya. Begitulah serba sikit ilmu yang saya dapat menerusi ebook Emas-Emas yang Hilang.
Opss… sebelum saya menyimpang jauh, jom kita kembali pada topik asal. Barang kemas ni bila dah lama dipakai akan kelihatan kusam, pudar dan kurang berkilat seperti mula-mula membelinya. Jadi, tarikannya pun dah kurang, kan?
Justeru itu, berikut adalah 2 tip untuk anda mengembalikan kilauan barang kemas tersayang;

Tip Pertama
1. Ambil sedikit sos cili.
2. Campurkannya dengan 2 hingga 3 titis air bersih.
3. Kemudian, sapukan campuran tersebut pada barang kemas yang hendak dikilatkan.
4. Seterusnya, berus atau gosok barang kemas tadi secara perlahan-lahan dengan menggunakan berus gigi terpakai.
5. Akhir sekali, cucilah barang kemas tadi dengan air bersih.

Tip Kedua
1. Ambil sedikit asam jawa.
2. Bancuhkan asam jawa tadi dengan mencampurkan sedikit air.

No comments: