Follow Us @asrialigur

14 July 2010

Tak Nak Berhenti Merokok?


Jika orang bertanya kepada anda sama ada anda ingin berhenti merokok atau tidak, sudah tentu anda menjawab "ya". Jika jawapan anda "tidak", cuba lihat semula. Apakah ikhlas anda tidak mahu berhenti merokok atau ada suara kecil yang menjawabnya bagi pihak anda.

Saya yakin anda, yang merokok, sebenarnya ingin berhenti merokok. Anda sedar bahawa merokok memang membahayakan kesihatan anda, keluarga dan orang di sekeliling anda. Setiap kali suara hati anda menerbitkan hasrat untuk berhenti merokok anda akan mendengar suara kecil di belakang minda anda yang menyatakan, "Buat apa berhenti? Tidak macho kalau tidak merokok dsb." Kita selalu terdorong untuk mengikut cakap suara kecil di dalam semua hal kehidupan kita. Ia tidak terhad kepada tabiat merokok sahaja.

Cuba renungkan fakta mengenai bahaya asap "second hand" atau asap yang dihembus keluar oleh perokok. Asap tersebut mengandungi lebih dari 4,000 bahan kimia, antaranya:

  • karbon monoksida (terkandung dalam asap kereta)
  • ammonia
  • kadmium (terkandung dalam bateri)
  • arsenik (terkandung dalam racun tikus)


Cuba bayangkan kesan bahan-bahan tersebut ke atas mereka yang berada di sekeliling kita, mereka yang kita kasihi.

Kajian yang dijalankan pada tahun 1997 mendapati bahawa risiko individu bukan perokok yang tinggal dengan perokok mendapat kanser paru-paru adalah 24 peratus lebih tinggi dari mereka yang tidak tinggal dengan perokok. Kanser merupakan pembunuh nombor dua di Malaysia dan kanser paru-paru merupakan penyumbang terbesar kepada kematian yang dikaitkan dengan kanser.

Cuba renung secukupnya dan buat keputusan mengikut suara hati.

No comments: