Follow Us @asrialigur

10 July 2010

Ikhlas


IKHLAS bermaksud segala amal baik yang dilaksanakan manusia kerana mengikut perintah Allah dan menuntut keredhaan-Nya adalah dihukum sebagai ibadat, diberi pahala sepenuhnya meskipun pekerjaan atau amal itu termasuk perkara yang dicenderungi oleh tabii manusia, ia hendaklah dilaksanakan dengan niat ikhlas kepada Allah.

Kesempurnaan ikhlas itu dengan tiga syarat:

Pertama : Baik niat atau berniat baik yang bertujuan suci dan tinggi menuju keredhaan Allah, tidak memandang selain daripada-Nya.

Kedua : Baik amalan iaitu amalan yang berdasarkan syarak menurut rukun dan syaratnya. Kebaikan dan faedahnya nyata sekali, baik kesudahannya iaitu menguntungkan dunia dan akhirat.

Ketiga : Baik sikap iaitu mempunyai pandangan dan sikap yang baik terhadap Allah, menyerahkan harapan kepada Allah dan keredhaan-Nya semata-mata, redha kepada Qada dan Qadar Allah, menaruh prasangka atau anggapan baik kepada saudara seagama serta mengharapkan kemurahan dan rahmat Allah.

Justeru itu, pasangkanlah niat yang baik dan ikhlas pada segala rupa perbuatan yang baik dan kebajikan serta penuhilah syarat kesempurnaan ikhlas dalam segala rupa amalan agar ia tidak sia-sia di sisi Allah.

Memasang niat yang baik dan diredhai Allah bukanlah suatu perkara yang mudah tetapi ia memerlukan petunjuk dan nur Allah serta kecerdasan akal untuk membekali hidup dengan cara yang tidak pernah terbayang oleh orang yang cetek fikirannya.

No comments: