01 November 2010

Nabil tak jadi kahwin?


SUDAH terang lagi bersuluh, anak seni yang bakatnya dicungkil melalui program Raja Lawak terbitan Astro ini semakin menempa nama dalam industri hiburan tanah air.

Empunya diri Ahmad Nabil Ahmad atau mesra dengan panggilan Nabil mengakui hidupnya jauh lebih berbeza setelah bergelar anak seni.

Walaupun sibuk dengan jadual yang sentiasa padat, itu bukanlah satu tiket baginya untuk tidak mengintai peluang dan mencuri masa bagi memanjakan diri seperti individu lain.

Tatkala orang lain menjadikan memancing sebagai satu hobi, berbeza pula ceritanya dengan pelawak terkenal tanah air ini. Nabil boleh dikategorikan sebagai individu yang mempunyai hobi yang dilihat lain daripada yang lain.

Pengalaman bekerja di bengkel motosikal selain bergelar 'mat despatch' sebelum namanya mula mekar dalam industri hiburan tanah air, Nabil sememangnya sudah sebati dengan kenderaan beroda dua tersebut.

"Bila sudah terbiasa bekerja dengan motosikal, jadi bolehlah dikatakan menunggang motosikal sudah menjadi hobi saya.

"Walaupun sudah memiliki kereta, tapi kadangkala saya memilih untuk tunggang motosikal sebab lebih mudah," kata anak kelahiran Mambau, Negeri Sembilan ini.


p/s up to u la brother...

No comments :