22 November 2010

Lindsay Lohan terlepas peluang




DISEBABKAN dia dikatakan menerima rawatan yang agak lama kerana ketagihan alkohol dan dadah, karier aktres kontroversi, Lindsay Lohan telah terjejas. Ini kerana dia bakal kehilangan watak dalam filem Inferno yang pernah ditawarkan kepadanya sebelum ini.


Sebelum memasuki pusat rawatan Betty Ford, Lindsay bakal memegang watak sebagai Linda Lovelace, seorang bintang porno dalam filem berkenaan. Namun disebabkan penggambaran yang sering tertunda menyebabkan dia akan digantikan dengan pelakon lain.



"Sudah tentu ramai yang tahu banyak perkara telah berlaku hingga penggambaran terpaksa ditunda. Walaupun Lindsay adalah pilihan pertama, tetapi kami sudah mempunyai rancangan lain untuk menggantikannya," jelas pengarah filem berkenaan, Matthew Wilder.



Sebelum ini, pihak produksi pernah memberi kenyataan bahawa mereka akan tetap memilih artis kontroversi itu untuk membintangi Inferno dan mereka sanggup menunggu sehingga Lindsay keluar dari pusat pemulihan tersebut.

No comments :