30 October 2010

Jamal keluar duit RM300,000


DUA konsertnya yang pernah berlangsung di Istana Budaya sebelum ini, mencatat kejayaan cukup membanggakan. Atas sambutan hebat yang diberikan peminat, dia sedar kehadirannya di pentas masih relevan untuk mereka.

Justeru itu, Raja Pop, Jamal Abdillah kembali merangka konsert ketiga di Panggung Sari, Istana Budaya dengan memperkenankan 'J2011... Legenda' sebagai judul konsert.

Memilih 7 hingga 10 Januari 2011 sebagai tarikh keramat, konsert yang dibawakan oleh syarikatnya sendiri, Bintang Channel dengan kerjasama Istana Budaya ini, menjanjikan pelbagai kelainan.

"Biasanya bila kita pernah menjayakan yang pertama, semestinya persembahan kedua kita mengharapkan yang lebih baik dan itu sudah pasti.

"Untuk konsert J2011...Lagenda' ini misalnya, pelbagai kelainan ditonjolkan. Salah satu perkara yang menerujakan saya iaitu penggunaan teknik penata cahaya PANI yang didatangkan khas dari Australia.

"Sebagaimana dimaklumkan sahabat saya, konsert J2011... Legenda adalah yang pertama di Asia Tenggara menggunakan teknik berkenaan. "Keunikan PANI ini kerana ia mampu disesuaikan mengikut 'mood' lagu dan cahayanya boleh dipancarkan sampai ke atas bumbung dan semestinya ia memberikan kesan yang sangat menarik bagi mereka yang hadir menyaksikan konsert itu nanti," katanya.

Dari segi persembahan pula, Jamal yang mencipta populariti selepas menjuarai Bintang RTM 1979, menambah, terdapat kelainan yang tidak pernah ditampilkan sebelum ini. Konsert iringan Orkestra Simfoni Kebangsaan berdurasi dua jam ini terbahagi kepada dua segmen. Pada segmen pertama, penyanyi Ghazal Untuk Rabiah itu akan membawakan lagu-lagu nostalgia yang cukup diminatinya. Di mana lagu-lagu ini juga kesan mendalam pada karier dan kehidupannya sebagai penghibur.

"Dalam segmen pertama ini tiada satu pun lagu dari album saya sebaliknya semua lagu dendangan penyanyi yang saya kagumi seperti P Ramlee, M Bakri, Oslan Husin, S Affendi dan Yopie Latul.

"Menerusi segmen kedua pula, saya akan menghiburkan penonton dengan rangkaian lagu-lagu yang dipetik dari album saya seperti Di Sudut Kamar Hati, Suratan Kasih, Penyeksaanku, Kabus Di Wajah Mu, Suratan Nasib dan banyak lagi.


"Memang menjadi impian saya dalam persembahan kali ini untuk membawakan lagu-lagu yang jarang di dengar peminat sebelum ini, namun ia adalah rangkaian lagu yang saya sukai," katanya.

Turut menyerikan lagi majlis sidang media yang berlangsung di Istana Budaya itu, Ketua Pengarah Istana Budaya, Johari Saharani, Datuk Dr Ahmad Nawab dan Edy Marzuki (Pengarah Muzik J2011...Lagenda).

Ketika sidang media berlangsung, Jamal sempat meluahkan perasaan terkilannya kerana kegagalan konsert itu mendapatkan sebarang penajaan daripada syarikat swasta. Justeru, kos perbelanjaan konsert sebanyak RM300,000 ditanggung sendiri oleh Jamal dengan menggunakan wang sakunya.

"Situasi ini sememangnya menyedihkan dan saya tidak faham kenapa tidak ada pihak yang mahu menaja konsert ini. Diharapkan dengan bantuan pihak media untuk meuar-uarkan berita ini dapatlah membantu saya mencari penaja.

"Sekiranya tidak juga mendapat tajaan, saya bersedia untuk mengeluarkan wang sendiri. Saya tidak merasa rugi kerana konsert ini saya ibaratkan satu peninggalan.

"Selagi bernafas saya akan terus menghiburkan orang ramai. Saya tiada pekerjaan lain melainkan menghiburkan orang menerusi lagu-lagu saya.

"Maka itu saya mahu tinggalkan legasi ini dengan menabur bakti kepada masyarakat dan kerana itu saya tidak sedikitpun berasa rugi mengeluarkan wang sendiri untuk menampung kos konsert ini," katanya. Bagi peminat setia penyanyi bersuara lunak ini, tiket dijual dengan harga RM85, RM105, RM135, RM255 dan RM305 dan ia boleh dibeli melalui kaunter box office, Istana Budaya atau layari secara online di www.ticket2u.biz.

Menyeru peminat menggayakan pakaian hitam dan merah, bagi pembeli tiket berharga RM305 mereka bukan saja dapat menyaksikan konsert dari sudut pandangan paling dekat, malah dapat beramah-mesra sambil menikmati makan malam dan juga berpeluang untuk memiliki album kompilasi terbarunya, Raja Pop 2.

p/s hidup jamal......yeah22

No comments :