29 October 2010

cinta Taylor, Jake

TAYLOR Swift sering gagal dalam bercinta. Mula-mula dia bercinta dengan Joe Jonas, kemudian John Mayer sebelum beralih arah kepada aktor kacak siri filem Twilight, Taylor Lautner.

Namun, khabar terbaru bertiup kencang mengaitkan Taylor dengan aktor kacak, Jake Gyllenhaal pula. Taylor dan Jake baru-baru ini dikesan berjalan sambil berpegangan tangan sekitar Brooklyn, New York.

Sumber yang berada di tempat kejadian memberitahu majalah Life & Style: “Taylor dan Jake berjalan sekitar Park Slope di sini sambil berpegangan tangan. Mereka kelihatan seperti pasangan bercinta.”

Jake sebelum ini bercinta dengan pemenang Oscar, Reese Wintherspoon, tetapi hubungan mereka putus pada awal tahun ini.


p/s setia pada yang satu kan baik,asik putus jerrr...kacau

2 comments :

pN.rOs said...

biasa r tu dunia artis ni..

admin said...

YOLAH PN ROS......