09 August 2010

Bintang bola sepak England tipu tunang


Pemain skuad bola sepak England yang tinggi lampai, Peter Crouch menipu tunangnya, Abbey Clancy apabila dia membayar sebanyak £800 (RM4,011) kepada seorang pelacur berumur 19 tahun untuk melakukan hubungan seks sebanyak dua kali di Madrid, Sepanyol, lapor sebuah akhbar semalam.

Kisah itu terbongkar beberapa hari setelah dia pulang daripada bercuti dengan tunangnya.
Pelacur itu, Monica Mint memberitahu pada satu temu ramah eksklusif akhbar News of the World: "Peter tidak ragu-ragu membayar untuk melakukan hubungan seks dengan saya. Dia (Peter) tidak berasa gementar.

Saya tidak tahu dia (Peter) sudah bertunang dengan Abbey sehingga selepas kami bertemu. Saya seperti tidak percaya bahawa dia membayar untuk seks dengan seseorang seperti saya semasa Peter memiliki seorang wanita cantik sepertinya (Abbey) di rumahnya."

Monica berasmara dengan Crouch pada 17 Julai lalu selepas kedua-dua mereka bertemu di sebuah kelab malam yang menjadi tumpuan bintang sukan dan selebriti. - Agensi

No comments :