12 July 2010

Tom Mystarz LG Cedera Dibelasah!!!


Apa cer…. cerita Tom Mystarz LG ini nampaknya semakin menggila. Terbaru Utusan Malaysia melaporkan yang Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram dan seorang wartawan Utusan Malaysia cedera dibelasah oleh sekumpulan lelaki di Damansara. Tragedi ini berlaku di sebuah kedai kopi tak jauh daripada Balai Polis Damansara. Nampaknya ada kaitan dengan report polis yang kami tulis sebelum ini.

Tragedi ini dikatakan berpunca apabila Tom, 25, membantu menumpangkan seorang rakan lelaki bersama isterinya tinggal di rumah penyanyi itu di Pangsapuri Meranti, Sri Damansara tanpa kebenaran keluarga isteri rakannya. Untuk pengetahuan anda, rumah yang suami isteri di dalam Melodi diinterview bukanlah rumah diorang. Diorang sebenarnya tinggal di Taiping. Tapi masih tak berapa jelas sangat kenapa hal ini boleh dijadikan punca pergaduhan.

Tom dibelasah di muka, kaki dan perut semasa cuba memberi penerangan kepada pihak keluarga yang terlibat. Kita tunggu apa lagi yang bakal tersingkap di sebalik drama artis kurang popular ini.

No comments :