Follow Us @asrialigur

13 July 2010

Sampai Sekarang Pun Ariel Tak Mengaku Itu Dia!


tak habis-habis lagi cerita diorang ni!….. sampai sekarang ini pun Ariel masih tak mahu mengaku dia adalah pelaku di dalam video porno tersebut.

Malah, kekasih Luna Maya yang berstatus tertuduh itu tetap mengatakan bahawa lelaki yang berada di dalam video itu bukanlah dirinya sebaliknya seseorang yang mirip dengan wajah serta dirinya.

Perkara ini telah dimaklumkan sendiri oleh pihak polis. Menurut mereka, sepanjang siasatan dilakukan, Ariel memang telah memberikan kerjasama yang cukup baik dengan pihak polis.

Dia juga sentiasa menjawab soalan yang diajukan buatnya. Tapi, bila ditanya adakah ellakid id alam video itu adalah dirinya, Ariel pasti tidak akan mengaku.

Sebaliknya, dia akan beritahu bahawa lelaki itu adalah miripnya. Hai, kalau dah Cut Tari sendiri sudah pun mengakui bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan Ariel serta wanita yang berada di dalam video itu adalah dirinya bersama bekas vokalis Peterpan, maka untuk apa Ariel hendak berdolak-dalik lagi?

1 comment:

agung daniel said...

ariel masi proses hukum sepertinya tuh. kita tunggu aja ok??..