Follow Us @asrialigur

29 July 2010

Ronaldo pulang awal sertai sesi latihan

Penyerang Real Madrid dari Portugal, Cristiano Ronaldo pulang sehari lebih awal untuk memulakan sesi latihan bersama jurulatih baru, Jose Mourinho buat pertama kali sebelum pasukan itu berkunjung ke Amerika Syarikat.

Ketika sesi latihan, jurulatih berbangsa Portugal itu membahagikan pemain kepada dua pasukan untuk berlatih dalam dua perlawanan latihan, kelmarin.


Pasukan itu akan berlepas ke California, hari ini sebagai kempen latihan pra musim dan akan terus berada di negara itu sehingga 7 Ogos depan.


Beberapa pemain antarabangsa Real Madrid yang terbabit di Piala Dunia, Afrika Selatan seperti bintang Brazil, Kaka yang akan tiba, Sabtu ini, akan turut tersenarai dalam skuad yang akan beraksi di California.


Pemain pertahanan Portugal, Pepe yang membuat penampilan antarabangsa pertama bersama Real kini kembali menjalani latihan bersama skuad Sepanyol itu.


Ronaldo, pemain termahal dunia yang berpindah daripada Manchester United ke Real pada Jun 2009, gagal menyengat untuk Portugal ketika beraksi di Piala Dunia.


Pemain berusia 25 tahun itu membuat pengumuman sejurus selepas final Piala Dunia yang dimenangi Sepanyol itu bahawa dia bakal menjadi bapa, Jun lalu namun tidak mahu memaklumkan siapakah ibu bayi lelaki berkenaan.


Real akan turun beraksi dalam dua perlawanan persahabatan pra musim di California. Mereka akan menentang kelab bola sepak Mexico, Aguilas de America di San Francisco pada 4 Ogos dan LA Galaxy dari Amerika Syarikat di Los Angeles tiga hari selepas itu.


No comments: