28 July 2010

Raul tinggalkan Real Madrid


Penyerang Raul Gonzalez semalam mengumumkan akan berpindah dari Real Madrid selepas 15 musim dan berkemungkinan beraksi bersama kelab Jerman atau England.

Penyerang terbanyak sepanjang zaman Real itu mengeluarkan kenyataan di Stadium Santiago Bernabeu di depan penyokong sambil diapit jurulatih baru kelab Jose Mourinho dan presiden kelab Florentino Perez.

“Saatnya sudah tiba. Anda dapat rasakan yang ia terpaksa berakhir. Sudah bertahun-tahun lamanya dan keputusan ini mengambil masa yang lama. (Tapi) saya mahu terus bermain dan bersaing,” kata Raul.

Penyerang berusia 33 tahun itu berkata, perbincangan dengan kelab Bundesliga, Schalke berjalan lancar.
“Saya mahu merasai pengalaman bermain bola sepak dan budaya berbeza - itu cabaran sukar dalam kehidupan. Petang ini atau esok saya akan menentukan masa depan saya. Namun tumpuan saya hari ini (semalam) adalah meraikan perpisahan ini,” kata Raul.

Raul yang masih mempunyai kontrak setahun dengan Real Madrid berkata, dia juga berkunjung ke Amerika Syarikat dan China bagi mengkaji tawaran terbaik untuk membolehkannya terus beraksi.

“Hanya ada dua tempat yang saya akan pergi, Jerman atau England. Saya betul-betul bersemangat untuk terus bermain bola sepak,

” kata Raul mengenai destinasinya selepas ini. Perez kembali ke Real Madrid musim panas lalu dengan membuat perbelanjaan besar sebanyak 250 juta euro (RM 1.03 bilion) untuk membawa masuk Cristiano Ronaldo, Kaka dan Karim Benzema yang menyebabkan Raul terpaksa memanaskan bangku simpanan

No comments :