19 July 2010

Luna Maya keberatan jawab soalan polis


Artis Luna Maya banyak memberi jawapan tidak tahu sepanjang disoal siasat polis mengenai kes video lucahnya dengan Ariel.

Seorang anggota polis yang terbabit dalam penyiasatan kes itu berkata, tindakan Luna itu menyebabkan dia dianggap enggan memberi kerjasama.


Ketika dihubungi wartawan tempointeraktif.com, penyiasat itu juga mendedahkan, Luna turut beranggapan soalan dikemukakan polis lebih banyak menyentuh hal peribadinya.


Dia mengaku masih menjadi kekasih Ariel dan hanya mengetahui mengenai kes video lucah itu pada awal Jun lalu.


“Apabila ditanya sama ada dia pernah melakukan seks dengan Ariel, Luna enggan menjawab soalan itu.


“Dan apabila ditanya kenapa dia enggan menjawab, dia berkata: ‘Perkara itu adalah sangat privasi,’ kata penyiasat berkenaan yang enggan namanya disiarkan.


Keegganan Luna memberi kerjasama itu menyebabkan dia ditahan semalaman minggu lalu.


No comments :