Follow Us @asrialigur

19 July 2010

Bomoh jampi Mourinho


NAIROBI: Jurulatih baru Real Madrid, Jose Mourinho meminta bantuan bomoh (jujumen) Kenya untuk memastikan beliau berjaya dalam memikul tugas mencabar bersama kelab gergasi Sepanyol itu.


Salah seorang bomoh itu memberitahu Mourinho yang menghabiskan cuti selama tiga minggu di lokasi rahsia bulan ini, bertemu dengan empat lelaki pada hari-hari terakhirnya di kawasan peranginan di bahagian Selatan pantai Ukunda.


“Kami bertemu dengannya menerusi orang tengah di lokasi rahsia kerana beliau tidak mahu pihak media tahu. Beliau dibawa ke kawasan itu dengan van pelancongan sambil ditemani isteri,” kata Mzee Makthub, bomoh Mobasa yang turut bertindak sebagai perunding untuk ramai ahli politik dan pegawai bola sepak.


Makthub menambah: “Beliau meminta kami membantunya berjaya dalam mengendalikan tugas baru itu. Sudah semestinya sesiapa saja yang mendapat kerja baru, termasuk ahli politik selalu mencari bantuan luaran.


“Mourinho berkata beliau menggalas tugas mencabar di Real Madrid dan mahukan mereka yang bekerja dengannya menghormatinya.” Pengendali berusia 47 tahun yang berasak dari Portugal itu enggan gambarnya diambil atau ditemuramah wartawan ketika lawatan ke Kenya, termasuk tinggal di taman permainan popular Masai Mara.


Beliau pulang semula ke Eropah Ahad lalu, hanya empat hari sebelum tiba di Real Madrid dengan kontrak empat tahun selepas membimbing kelab Itali, Inter Milan melakar sejarah mengecapi tiga gelaran juara musim lalu



No comments: