Follow Us @asrialigur

13 July 2010

Badrul Minta Maaf Tanpa Pandang Isteri?


Pelakon terkenal Badrul Muhayat, 42, memohan maaf terhadap, Julia Daud, 29, dan bersetuju membayar kompaun RM1,000, kerana dituduh mencederakan isterinya itu pada Mac lalu.

Permohonan maaf itu dibuat di hadapan Hakim Wan Karimah Wan Ab Ghani, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, sejurus selepas pihak pendakwaan dan pembelaan bersetuju dan mencapai kata sepakat menyelesaikan kes terbabit mengikut Seksyen 202 Kanun Acara Jenayah.

"Memandangkan kedua-dua pihak bersetuju kesalahan ini diselesaikan mengikut Seksyen 260 Kanun Acara Jenayah, mahkamah dengan ini bersetuju dan membenarkan kompaun RM1,000 dibayar kepada pengadu (Julia) dan mahkamah membebaskan orang kena saman (Badrul Muhayat) daripada tuduhan tersebut," kata Wan Karimah.

Terdahulu prosiding ditangguhkan selama setengah jam selepas mahkamah memberi peluang kepada pihak pembelaan yang diwakili peguam Abdul Rashid Tasin berbincang dengan isteri tertuduh yang turut hadir di mahkamah.

Pihak Pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Nurhusnita Mohd Radzi tiada bantahan dengan permohonan itu.
Ketika prosiding kembali berjalan, Wan Karimah bertanyakan kepada Julia sama ada dia bersetuju dengan kompaun dikenakan.

"Saya setuju dan saya mahu kompaun diserahkan di dalam mahkamah," jawabnya.
Mahkamah kemudian memberi peluang kepada bekas model itu memohon maaf atas kesalahan yang dilakukan terhadap isterinya.
Bagaimanapun, tertuduh atau nama penuhnya Badrul Muhayat Ahmad Jailani, yang hadir ke mahkamah dengan berkemeja biru memberi alasan, peguam yang mewakilinya telah berbuat demikian ketika awal prosiding berjalan.
Wan Karimah sekali lagi bertanyakan sama ada dia mahu meminta maaf atas tindakannya itu.
Dia kemudian memohon maaf dengan berkata "Saya minta maaf", tanpa memandang Julia yang berdiri di sebelahnya.
Badrul kemudian menyerahkan wang kompaun berjumlah RM1,000 itu kepada isterinya di dalam mahkamah.

Badrul didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada Julia Daud, 29, dengan menumbuknya di muka, menendang di perut dan memukulnya dengan menggunakan batang penyapu di punggung dan kaki di rumah mereka di lot 313E, Jalan 49B, Bukit E, Kampung Cheras Baru, jam 7 pagi, 24 Mac lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

1 comment:

river safari portdickson (malaysia) said...

cantik blog anda,leh bg tips cam ne nk wat blog lebih meriah.cam ne saudara wat
home|alquran|jom chat|link
bg tips bgaimana nk wat,tq
email.lipan.kipas@yahoo.com