Follow Us @asrialigur

15 July 2010

Anak Cristiano Ronaldo?



ANDA tidak mungkin dapat melihat banyak helaian rambutnya dan mungkin sepasang kaki yang comel.

Namun anak kecil ini yang dibawa keluar buat kali pertama dikatakan adalah bayi lelaki kepada Cristiano Ronaldo.


Gambarnya diambil ketika bersama ibu kepada bintang bola sepak itu, Dolores Aveiro, teman lelakinya Jose Andrade dan seorang pengasuh kanak-kanak di sebuah stesen servis di antara Algarve dan Lisbon.


Ronaldo tidak kelihatan, selepas tiba di Algarve kelmarin beberapa jam selepas bayi itu dilihat berada dalam perjalanan dari Algarve ke Lisbon.


Satu barang mainan kanak-kanak menutup muka bayi itu yang berada dalam kereta tolaknya, namun rambut yang kelihatan agak perang menghadirkan pendapat bahawa Cristiano Ronaldo Jr mungkin membesar mengikut wajah dan keadaan ibu misterinya daripada warna kulit bapanya.


Pemain Real Madrid berusia 25 tahun itu, yang menerima bayaran gaji STG200,000 (RM967,000) seminggu, memandu ke Algarve dari Lisbon dengan kereta merah Ferrari tidak lama selepas bayi itu membuat perjalanan ke arah bertentangan dengan neneknya.


Dolores dan teman lelakinya menjaga bayi itu di sebuah rumah sewa di pusat peranginan Vilamoura di Algarve.


Ronaldo membuat satu pengumuman mengejut pada 3 Julai lalu bahawa dia menjadi bapa apabila mendapat seorang bayi lelaki.


Dia berkata ibu bayi itu tidak mahu diketahui umum dan mendedahkan bahawa dia akan membesarkan bayi itu sendiri dengan bantuan keluarganya.


Sanak saudara sebelum ini berkata bayi itu dilahirkan pada 17 Jun di Amerika Syarikat, lantas bayi itu seharusnya hanya baru berusia empat minggu.


Namun gambar bayi yang diambil itu kelihatan lebih berusia daripada empat minggu.

Keluarga Ronaldo mendakwa mereka tidak pernah bertemu dengan ibu bayi itu.


Spekulasi juga merebak bahawa ibu berbangsa Amerika itu sudah dibayar pampasan STG10 juta (RM48 juta) untuk melepaskan haknya ke atas bayi itu dan berdiam diri mengenai butiran hubungannya dengan bintang Real Madrid itu.


Pemain berbangsa Portugis bekas bintang Manchester United itu, yang berhijrah ke Real Madrid dengan rekod dunia STG80 juta (RM386 juta), menghabiskan sepanjang minggu lalu bercuti di New York dengan teman wanitanya berbangsa Russia, Irina Shayk.


Dia terbang ke Madrid dari Amerika Syarikat Sabtu lalu sebelum terbang semula ke Lisbon hari berikutnya.

Ronaldo gagal beraksi cemerlang seperti yang diharapkan pada pusingan akhir Piala Dunia di Afrika Selatan walaupun membantu pasukannya layak ke pusingan kedua sebelum tumpas di tangan juara baru, Sepanyol.


Malah Ronaldo sekadar berjaya menjaringkan satu gol ketika Portugal membenam Korea Utara 7-0 pada peringkat kumpulan.

No comments: