Follow Us @asrialigur

25 December 2017

Melawat Kawasan Sime Darby Fly Habis !!!

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Gambar Latar

Hari ni Plan Cuti Christmas Dengan Cousin nak pergi Melawat kawasan Sime Darby Bandar Baru Tangkak Jumpa anak buahnya kerja Disini.Sampai sampai je Kat sini langkah kanan dapat makan durian pastu lepak lepak kejap kat sini untuk menghabiskan waktu rehat dia dari jam 1pm-2pm.

sepupu

acah acah tarik

Kemudian,selesai je melawat sepupu kat Sime Darby Bandar Baru Tangkak,Terus pergi Plan yang kedua Ke Sime Darby Pagoh Pulak.Sime Darby Pagoh ni ikut jalan Highway Ni pun first time ikut highway naik motor 2 orang dengan cousin.Agak gelabah jugak la biasa orang bawak hanya duduk je tapi bila bawak Moto sendiri dengan cousin naik Motor Fuh takut jugak la.Cepat sikit sampai ikut highway ni lebih kurang setengah Jam lebih ke Pagoh.

Sampai sampai Je Sime Darby Pagoh Ambil gambar sekejap sebab kat Sime Darby Pagoh Ni pun ada Sepupu kerja kat sini Bergambar la dengan dia sekejap.Sebab sampai je pagoh dah pukul 3pm dia pun nak balik kerja nasib baik sempat singgah Pos.

sepupu


Kemudian, Terus Pergi Rumah sepupu nak jalan jalan kat rumah dia dan melawat kawasan disini.Tempatnya pun cantik orang orang  dan jiran disini semuanya peramah mesra gitu tak sombong pun.

sampai dengan Naik motor

nampak pulak Belalang Kunyit ni kat rumah sepupu

Sampai je rumah sepupu dia ajak keluar pulak Jalan jalan Pagoh Jaya boleh tahan jugak la maju kat Pagoh ni macam macam pasaraya dan Pelbagai Bangunan nak ditambah baik kan.Pergi Kedai Makan mamak dah lapar.Makan Nasi Goreng Pun boleh tahan sedap jugak.

Nasi Goreng

Lepas je jalan jalan kat Pagoh Balik Terus Pusing kat Kawasan Sime Darby Pagoh ni.Cari Pokok Asam Jawa Untuk dijadikan Bonzai.Tau jelah aku nikan minat Bonsai.Nasib baik la ada Mat India dan Indonesia menolong disini.Baik Budi mereka semua.Peralatan semua diorang sediakan Alhamdulillah.Urusan dipermudahkan.

korek Pokok Asam Jawa

Selesai semua dapat jugak lah 4 pokok Asam Jawa nak dijadikan Bonsai.

Kemudian sesi Photograpy pulak dah,Depan Rumah je tak payah jauh jauh.Dah kesuntukan masa nak balik.

Kami merempit sampai sini




Sampai disini jelah Buat masa ni.Ni pun kelam kabut tadi nak balik Tangkak dah nak malam.sampai je Tangkak dalam Kul 7pm.Alhamdulillah semuanya selamat .Lain hari lain masa boleh datang lagi dah tahu jalan Ke Rumah Sepupu ni.

Ok By.
Follow IG: AsriAligur

#jalanjalan
#SekadarKongsi
#BukanSekadarKongsi
#GroupBloggerMalaysia

No comments: